Tuesday, February 8, 2011

hayati lah ♥

malam ini aku memikirkan mu lagi,
nafasku menjadi sesak,
jantungku berdegup kencang,
nadiku berlagu sepi,
jiwaku kosong,
mataku kabur kerana air mata yang mengalir sayu..
ingin sekali rasanya aku menjerit dipuncak gunung,
melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu,
melaungkan betapa gilanya cintaku padamu,
agar kamu tahu bagaimana tersiksanya,
memendamkan perasaan yang lamanya...
 
wahai angin.....bantulah aku,
sampaikanlah salam rinduku padanya,
yang tidak pernah berucap,
agar dia tahu aku merinduinya disini,
wahai sang burung....tolonglah aku,
berkicaulah dengan merdu,
supaya die mengerti bait-bait cinta,
yang sudah tersusun indah untuknya....
wahai hujan...aku berharap,
turunlah dengan gerimis,
agar dia tahu betapa sunyinya aku disini,
tanpanya......
wahai pelangi,mintaku,
bersinarlah setelah hujan lebat berlalu,
supaya dia tahu sesungguhnya aku disini,
masih berharap dihati nya...
Ya allah.,
aku memohon,aku merayu,aku bersujud padamu,
jatuhkanlah hatinya padaku,
agar aku akan menjadi sesuatu yang halal baginya,
agar aku bisa melewati waktu-waktu yang tersisa kini dengannya,
ya allah,
sekiranya dia bukan tercipta untukku,
jauhkanlah aku dengannya,
agar aku tidak terus membuang waktu yang amat suntuk ini,
untuk terus berharap...
ya allah,
sekiranya waktuku telah habis,
aku mohon padamu,
tolong simpan rahsia ini sebaik-baiknya,
kerana hanya ENGKAU sahaja yang tahu,
rahsia yang paling indah seumur hidupku,

duhai pujaan hatiku sayang,
mungkin kamu tidak pernah akan tahu sajak ini dicoret khas buatmu,
cuma satu yang aku mahu kamu mengerti,
kamu terlalu sempurna untuk aku dekati,
maafkan andai aku tidak sempurna,
tetapi mengertilah kamu wahai lelaki kesayanganku,
sesungguhnya rasa cinta ini aku sendiri tidak mungkin mencegahnya..

 

Thursday, February 3, 2011

stewardess :)


Builds, Dreams, Improve.
InsyaAllah one day maybe ;)