Monday, April 18, 2011

andai lelaki tahu perasaan ini :')

andainya lelaki tahu ,
dalam hati seorangt perempuan ,
ada naluri untuk disayangi ,
ada rasa ingin diberi perhatian ,
ada rasa ingin didengari keluh kesahnya ,
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan .

andainya lelaki tahu ,
rajuk seorang perempuan minta dipujuk ,
marah seorang perempuan perlu didekati ,
sedih seorang perempuan perlu didengari ,
gembira seorang perempuan ingin didengari ,'

andainya lelaki tahu ,
di sebalik seribu satu rasa itu ,
ada sekeping hati nan lembut ,
bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh ,
bukan jua untuk dimanjai ,
hanya perlu sedikit perhatian ,
agar rasa kasih itu terasa wujud ,
walau saat jauh ,

kerana andainya lelaki tahu ,
hati itu akan sentiasa bertanya ,
pada diri seorang perempuan ,
wujudkah cinta itu di hati lelaki ,
bila saat jauh tanpa perkhabaran ,
sebagaimana mekarnya cinta itu ,
tetap dihati seorang perempuan ,
biarpun berkali ombak berhempas ,
tak sekali pantai hati itu berubah .

p/s : renung renung kan lahh wahai lelaki yang bijaksana ;)